HUBUNGI KAMI
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA Kementerian Belia dan Sukan,
Aras 10, Menara KBS No. 27 Persiaran Perdana Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62570 Putrajaya.
Accessibility Tools
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐘𝐑𝐄𝐒 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐀𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐃𝐁𝐌) 𝟐𝟎𝟏𝟔–𝟐𝟎𝟐𝟓
𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈, 𝟐 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menyertai Bengkel Pelaporan Pencapaian Dasar Belia Malaysia (DBM) 2016–2025 yang berlangsung pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2026 di MyAngkasa Akademi & Resort, Langkawi, Kedah.
Penyertaan IYRES melibatkan tiga (3) orang pegawai, iaitu Puan Mastura Mohamad (Ketua Eksekutif Penyelidik), Puan Nuurul Mizaan Yacob (Eksekutif Penyelidik Kanan) dan Encik Mohd Rizal Mohd Sham (Eksekutif Penyelidik Kanan). Sepanjang bengkel, wakil IYRES telah terlibat dalam sesi perbincangan, semakan serta penyelarasan input pelaporan pencapaian Dasar Belia Malaysia. IYRES turut membentangkan rumusan keseluruhan hasil bengkel, yang akan dijadikan input penting dalam penyediaan Laporan Pencapaian Dasar Belia Malaysia serta proses semakan semula DBM.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan, yang menekankan kepentingan kerjasama strategik antara kementerian, jabatan dan agensi serta penggunaan data yang berkualiti bagi memastikan pencapaian Dasar Belia Malaysia dapat diukur secara berkesan, berimpak tinggi dan selari dengan aspirasi pembangunan belia negara.
Penyertaan ini memperkukuh peranan IYRES sebagai rakan strategik Kementerian Belia dan Sukan dalam menyediakan penyelidikan, analisis dan bukti empirikal yang menyokong penggubalan, pelaksanaan serta penambahbaikan dasar pembangunan belia negara secara lebih progresif, inklusif dan mampan.