Accessibility Tools

Senarai Pengumuman

Penyelidik IYRES Dipilih Mewakili Malaysia Dalam Program Kepimpinan Belia Serantau Asia’s Rising Circle 2026

 PUTRAJAYA, 6 Januari 2026 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah terpilih untuk menyertai Program Asia’s Rising Circle 2026 anjuran Yayasan Antarabangsa Singapura yang akan berlangsung pada 25 hingga 31 Januari 2026 di Singapura. Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan IYRES dalam memperkukuh peranan Malaysia di peringkat serantau, khususnya dalam pembangunan kepimpinan belia Asia. Program ini turut membuka ruang kepada wakil negara untuk memperluas jaringan kerjasama antarabangsa, memperkaya pertukaran amalan terbaik dalam bidang kesihatan, pendidikan dan pekerjaan, serta menyumbang ke arah pembentukan peluang ekonomi dan sosial yang mampan di peringkat Asia. Penyertaan kali pertama IYRES dalam program berprestij ini merupakan satu pengiktirafan terhadap peranan dan sumbangan IYRES dalam bidang penyelidikan serta pembangunan belia. Program Asia’s Rising Circle 2026 menghimpunkan peserta dari Asia Tenggara, China dan India bagi meneroka isu-isu utama berkaitan kesihatan, pekerjaan dan pendidikan, selari dengan aspirasi pembangunan mampan rantau Asia. Sehubungan itu, satu sesi taklimat program telah diadakan secara dalam talian dengan penyertaan 54 orang peserta yang mewakili pelbagai negara ASEAN. Seramai tiga orang wakil Malaysia telah dicalonkan menyertai program ini, termasuk seorang wakil IYRES iaitu Puan Nur Syuhada Mokhzan, Eksekutif Penyelidik IYRES.    

HUBUNGI KAMI

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS No. 27 Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya.

ARTIKEL POPULAR

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular seperti IE, Firefox, Chrome, Safari, Opera dengan resolusi 1920 x 1080 piksel.
Tarikh Kemaskini :
000779
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List